9 Februari 2012, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PPD Machang, tiga PKG bergabung menganjurkan satu Taklimat Permuafakatan JK PKG Daerah Machang bagi 2012. Taklimat ini diadakan bertujuan memperkukuhkan lagi semangat kemuafakatan dan kerjasama antara sekolah-PKG-PPD dalam menerajui transformasi pendidikan dalam era ICT kini. Guru Besar dan Pengetua adalah individu yang disasarkan untuk taklimat ini.
Pendaftaran bermula seawal 8.30 pagi, setengah jam sebelum taklimat dimulakan. En. Mohd. Hazmi bin Ariffin, Pen. PPD Machang, dilantik sebagai Pengerusi Majlis untuk taklimat ini. Ini bersesuaian dengan tugas beliau sebagai Pegawai Meja PPD-PKG Daerah Machang. Timbalan PPD Machang, Tn. Hj. Ab. Aziz bin Abdul Rahman dijemput bagi merasmikan majlis ini.
Majlis diteruskan dengan taklimat Perancangan Aktiviti PKG-BTPN Kelantan bagi tahun 2012. Taklimat ini disampaikan oleh En. Lokman bin Ishak, Pen. Pengarah Unit Intervensi dan Latihan BTPN Kelantan. Disusuli pula Pelaporan Aktiviti bagi tahun 2011 oleh En. Surdi bin Abdullah, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Machang.
![]() |
Dari kiri, Timbalan PPD Machang, wakil Pengetua SM Sains Machang, GB SK Machang 1 & GB SK Pangkal mak wan |
Antara maklumat yang disampaikan kepada jemputan ialah berkenaan dengan Program 1Bestarinet, Sistem Pengurusan Sekolah, Karnival Pembestarian ICT dan hal-hal lain. Selain itu, beberapa permasaalahan yang diluahkan oleh jemputan, dicatat dan akan diambil tindakan segera untuk mendapatkan penyelesaian.
![]() |
En. Zamri bin Mat Jaeh(PTP PKG Labok) menyampaikan cenderahati kepada Tn. Hj. Ab. Aziz bin Ab. Rahman (Timbalan PPD Machang) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.