Pada 16 Januari 2012, jam 9 pagi, bertempat di Bilik Ibnu Sina, PKG Labok telah menerima kehadiran pihak BTPN Kelantan, Unit Perkhidmatan Pusat Sumber Pendidikan dan Pegawai Teknologi Pendidikan dari 26 buah PKG Kelantan. Fokus utama adalah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program dan Aktiviti Pembangunan Pusat Sumber BTPN-PKG-SEK kali pertama untuk 2012. Turut hadir ke mesyuarat ini ialah Pn. Hjh. Masdiyah bt Jemain, Ketua Pen. Pengarah BTPN Kelantan dan Pn. Mariah bt Buyong, Ketua Unit PKG Kelantan.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Zakaria b. Hassan, Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BTPN Kelantan. Antara agenda yang diperbincangkan adalah berkenaan pemilihan tokoh NILAM, khidmat bantu PSS, pengurusan data PSS, i-QPSS dan i-NILAM, pemantauan Pusat Sumber PKG dan sekolah serta hal-hal yang bersangkutan dengan PSS. Semua program dan aktiviti ini bakal dilaksanakan pada 2012.
![]() |
Pn. Hjh. Masdiyah bt Jemain, KPP BTPN Kelantan |
![]() |
Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan yang hadir ke mesyuarat. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.