Pusat Kegiatan Guru Labok berlaku perubahan dalam pengurusan pentadbiran sekali lagi berikutan pertukaran Pegawai Teknologi Pendidikan.
Pegawai yang dimaksudkan ialah Encik Zamri bin Mat Jaeh, Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG Labok. Beliau menerima memo pertukaran berkuatkuasa pada 16 Januari 2012, tetapi melapor diri ke PKG Ketereh pada 4 Mac 2012 sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Ketereh.
Beliau mula bertugas di PKG Labok pada 17 April 2011. Walaupun tempoh perkhidmatan beliau di sini agak singkat tetapi telah banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau untuk menambahbaik PKG ini.
Antaranya ialah membaikpulih PC lama dalam makmal komputer PKG yang masih berfungsi dan membuka Sudut Siber di ruang Pusat Sumber PKG untuk kemudahan pelanggan yang berkunjung ke PKG Labok.
Selain itu beliau juga turut berkongsi idea dengan Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Labok untuk menyusun atur ruang-ruang, bilik seminar, bilik mesyuarat dan lain-lain bagi menyerlahkan lagi PKG ini. Beliau juga amat menjaga hubungan baik antara PKG-Sekolah-PPD Machang selaras dengan tugas Pegawai Teknologi Pendidikan yang umpama 'mediate' atau orang tengah dalam memastikan kelancaran pengurusan organisasi ini.
![]() |
En. Zamri b. Mat Jaeh dan Guru Besar SK Sungai Bagan semasa sesi pemantauan |
![]() |
Bersama Tn. Hj. Abdul Shafri b. Mohammad (PTP1 PKG Jambu Lawar) semasa Taklimat MBMMBI Sekolah Rendah di Dewan SK Tok Bok |
Sesungguhnya, pertukaran beliau merupakan satu kerugian kepada PKG Labok memandangkan komitmen tinggi beliau dan sikap dedikasi terhadap tanggungjawab beliau sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan yang bukan sedikit kepada organisasi ini. Semoga beliau akan terus mencurah bakti di tempat kerja yang baru sebagaimana selama berada di PKG Labok. Selamat bertugas di PKG Ketereh dan semoga sukses selalu.
![]() |
Bersama mantan PTP1 PKG Labok, En. Wan Mat b. Wan Mustapha yang telah bertukar ke PKG Cameron Highland |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.