Khamis, 1 Mac 2012, tiga PKG Daerah Machang iaitu PKG Labok, PKG Jambu Lawar dan PKG Machang bekerjasama dengan PPD Machang bagi menganjurkan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Machang 2012. Majlis ini diadakan di PPD Machang. Majlis ini dirasmikan oleh Encik Azmi bin Daud, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Machang, Unit Bahasa Melayu.
Seramai 11 orang murid telah mengambil bahagian dalam program ini melibatkan sekolah rendah dan menengah. Pendaftaran bermula seawal jam 9.00 pagi. Setengah jam berikutnya peserta-peserta di beri taklimat berkenaan dengan majlis ini. |
Seterusnya, semua peserta diberi ujian bertulis untuk menguji dan mengesan kemahiran peserta dalam memberikan pendapat dan ulasan. Selepas itu, bermula sesi ujian lisan yang dibahagikan kepada empat stesen iaitu Stesen 1; Pengesanan Kemahiran Membaca, Stesen 2; Pengesanan Pengetahuan, Stesen 3; Pengesanan Kebestarian dan Stesen 4; Pengesanan Penghayatan dan Aspirisiasi Pembacaan.
Panel-panel hakim adalah terdiri daripada empat orang Pegawai Teknologi Pendidikan iaitu Tuan Haji Abdul Shafri bin Mohammad, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Jambu Lawar, Encik Zamri bin Mat Jaeh, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Ketereh, Encik Surdi bin Abdullah, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Machang dan Puan Hasni binti Zakaria, Pegawai Teknologi Pendidikan 2, PKG Machang. Turut membantu menjayakan majlis ini ialah Encik Sabri bin Yunus, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Ipoh, Tanah Merah.
![]() |
Stesen 4; Pengesanan Penghayatan dan Aspirisiasi Pembacaan |
![]() |
Stesen 3; Pengesanan Kebestarian |
Rakaman video untuk sepanjang majlis berlangsung dipertanggungjawabkan kepada Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Labok iaitu Puan Shafini binti Ghazali. Manakala rakaman foto pegun ditugaskan kepada Puan Siti Zainab binti Zakaria dan Cik Siti Nurshaliza binti Mustafa. Kedua-duanya adalah Juruteknik Komputer PKG Machang dan PKG Jambu Lawar. Pemenang pertama ialah adik Nur Auni Izzati binti Muhd Rushidi, SK Machang 1. Tempat kedua ialah adik Anis Athirah binti Muhd Razuhanafi, SK Machang 1 dan tempat ketiga adalah Nur Baiti Jannah binti Muhini, SK Bandar. Peserta dari Sekolah menengah iaitu adik Nurzaida Syaza binti Zawawi, SMK Machang mewakili Daerah Machang untuk Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri 2012 nanti.
![]() |
Stesen 1; Pengesanan Kemahiran Membaca, Stesen 2; Pengesanan Pengetahuan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.