Mesyuarat Pengurusan Guru Penyelaras Bestari kali Pertama bagi tahun 2012 telah pun diadakan pada 20 Februari 2012 di Bilik Ibnu Sina, PKG Labok.
Seramai 13 orang GPB yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Zamri Mat Jaeh, Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG Labok.
![]() |
Pn. Shafini Ghazali, Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Labok yang baru memberi ucapan pengenalan diri dan memaklumkan beberapa perancangan kursus dan bengkel yang bakal diadakan pada tahun ini. |
Antara agenda-agenda yang disampaikan dalam mesyuarat ini ialah berkenaan dengan laporan kerosakan peralatan ICT melalui STS, makluman berkenaan dengan penyelenggaraan, perolehan baru dan penggantian ICT, pengisian SSQS dan SPPICTS, Karnival Pembestarian ICT dan beberapa hal lain yang berkaitan dengan tugas GPB di sekolah. Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 11.45 pagi.
![]() |
Guru Penyelaras Bestari Sekolah Kelompok PKG Labok |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.