Selasa, 13 Disember 2011

Majlis Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan BTPN Kelantan 2011


Pada tanggal 11 Disember 2011, bertempat di Dewan Amanah, BTPN Kelantan, satu Majlis Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Peringkat BTPN Kelantan bagi tahun 2011 telah diadakan dengan jayanya. Majlis tersebut adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pihak sekolah dan warga BTPN, PKG Kelantan khasnya. Majlis ini dirasmikan oleh Pn. Rosnani bt. Mohamed Ali selaku Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan. 
Ketua Pen. Pengarah BTPN Kelantan dan Pengarah BTP, KPM
Ucapan alu-aluan daripada Pn. Hjh. Masdiyah bt. Jemain, Ketua Pen. Pengarah BTPN Kelantan
Penerima Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Peringkat BTPN Kelantan 2011
Ucapan perasmian Majlis oleh Pn. Rosnani bt Mohamed Ali, Pengarah BTP
En. Zamri b. Mat Jaeh, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Labok menerima sijil penghargaan atas pencapaian sekolah kelompok yang memperolehi 5 bintang dalam penarafan bintang SSQS 2011
En. Mohd Amin b. Hj. Ahmad(PTP1 PKG Gaal) dan En. Zamri b. Mat Jaeh (PTP PKG Labok)
Pusat Kegiatan Guru Labok turut menerima sijil penghargaan atas pencapaian sekolah kelompok PKG Labok yang memperolehi 5 bintang dalam penarafan bintang Smart School Qualification Standard(SSQS) bagi tahun 2011. Sekolah kelompok terbabit ialah SM Sains Machang dan SMK Abdul Samad. Diharap pencapaian 2 buah sekolah ini akan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah kelompok dalam PKG Labok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.