Rabu, 30 November 2011

Taklimat/Bengkel Penggunaan CDRI MBMMBI Peringkat Sekolah Menengah 2012

Pada 28 September 2011, bertempat di Dewan PKG Jambu Lawar, satu taklimat/bengkel telah diadakan. Taklimat/Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tingkatan Satu dalam penggunaan CDRI MBMMBI yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ianya merupakan satu langkah untuk persiapan awal kepada guru-guru berkenaan memandangkan penggunaan CDRI MBMMBI Sekolah Menengah akan bermula pada tahun 2012. Selain daripada itu, pegawai-pegawai teknologi pendidikan di PKG daerah masing-masing berperanan sebagai pihak yang memberikan khidmat nasihat kepakaran kepada sekolah-sekolah kelompok yang memerlukannya.
Tn. Hj. Ab. Aziz b. Ahmad, Pen. PPD Machang Unit Bahasa Inggeris menyampaikan ucapan alu-aluan

Sebahagian guru Tingkatan 1 yang hadir 

En. Zamri b. Mat Jaeh, PTP 2 PKG Labok bertindak sebagai Pengerusi Majlis

Taklimat/Bengkel ini adalah anjuran bersama PKG Daerah Machang iaitu PKG Jambu Lawar, PKG Labok dan PKG Machang. En. Surdi b. Abdullah, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Machang diberi kepercayaan untuk memberi penerangan kepada guru-guru yang terlibat. Manakala Pn. Shafini bt. Ghazali, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Jambu Lawar bertindak sebagai jurufoto still dan perakam video.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.