Isnin, 3 Disember 2012

Khidmat bantu PSS 2012

           .          
                                            
 Tanggal 30 & 31 Oktober baru-baru ini,pihak PKG Labok telah mengadakan program Khidmat Bantu PSS di SJK ( C ) Poey Sit.Program yang diadakan selama dua hari ini dijayakan bersama oleh PTP1,PTP2 dan JTK PKG Labok serta 12 orang guru SJK ( C ) Poey Sit.
Perbincangan antara Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Labok dan Guru Perpustakaan Media SJK(C) Poey Sit sebelum pelaksanaan program
 Hari Pertama,dipenuhi  dengan aktiviti merakam gambar sudut dan bahagian yang akan dibuat perubahan.Sebelum itu,pihak PKG Labok dan pihak SJK ( C ) Poey Sit berbincang terlebih dahulu untuk mencapai kata sepakat bagi melaksanakan program ini.
Label-label yang telah siap dicetak dan di'laminate' kan

Murid-murid SJK(C) Poey Sit turut membantu untuk program ini
  Hari Kedua,kerja-kerja pelaksanaan program dijalankan.Setiap pihak menjalankan tugas masing-masing sebagaimana yang telah di atur.Rakaman gambar secara pegun dan video di uruskan oleh pihak PKG Labok.
Juruteknik Komputer PKG Labok sedang menyiapkan label
*foto oleh JTK dan PTP2 PKG Labok*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.