Rabu, 22 Februari 2012

Mesyuarat Pengurusan Guru Perpustakaan dan Media Bil 1/2012

Mesyuarat Pengurusan Guru Perpustakaan dan Media kali pertama bagi 2012 telah diadakan pada 22 Februari 2012. Bertempat di bilik Ibnu Sina PKG Labok, mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Zamri bin Mat Jaeh, Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG Labok.
Tuan Haji Abdul Shafri bin Mohammad, Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Jambu Lawar turut dijemput untuk memberikan taklimat berkenaan dengan NILAM, i-NILAM dan IQ-PSS.
Tn. Hj. Abdul Shafri b. Mohammad, PTP1 PKG Jambu Lawar (berbaju merah)

Antara agenda-agenda yang dibentangkan dalam mesyuarat ini ialah Pelaporan Aktiviti 2011 yang dipersembahkan melalui tayangan video klip, Perancangan Aktiviti 2012 seperti hebahan dan maklumat berkenaan dengan Pertandingan Filem Digital anjuran Unit Promosi, Inovasi dan Media BTPN Kelantan serta hal-hal lain.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.
Guru-guru Perpustakaan dan Media Sekolah Kelompok PKG Labok

Isnin, 20 Februari 2012

Mesyuarat Pengurusan Guru Penyelaras Bestari Bil 1/2012

Mesyuarat Pengurusan Guru Penyelaras Bestari kali Pertama bagi tahun 2012  telah pun diadakan pada 20 Februari 2012 di Bilik Ibnu Sina, PKG Labok.
Seramai 13 orang GPB yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Zamri Mat Jaeh, Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG Labok.
Pn. Shafini Ghazali, Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Labok yang baru memberi ucapan pengenalan diri dan memaklumkan beberapa perancangan kursus dan bengkel yang bakal diadakan pada tahun ini.

Antara agenda-agenda yang disampaikan dalam mesyuarat ini ialah berkenaan dengan laporan kerosakan peralatan ICT melalui STS, makluman berkenaan dengan penyelenggaraan, perolehan baru dan penggantian ICT, pengisian SSQS dan SPPICTS, Karnival Pembestarian ICT dan beberapa hal lain yang berkaitan dengan tugas GPB di sekolah. Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 11.45 pagi.
Guru Penyelaras Bestari Sekolah Kelompok PKG Labok

Khamis, 9 Februari 2012

Taklimat Permuafakatan JK PKG Daerah Machang 2012

9 Februari 2012, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama PPD Machang, tiga PKG  bergabung menganjurkan satu Taklimat Permuafakatan JK PKG Daerah Machang bagi 2012. Taklimat ini diadakan bertujuan memperkukuhkan lagi semangat kemuafakatan dan kerjasama antara sekolah-PKG-PPD dalam menerajui transformasi pendidikan dalam era ICT kini. Guru Besar dan Pengetua adalah individu yang disasarkan untuk taklimat ini.
Pendaftaran bermula seawal 8.30 pagi, setengah jam sebelum taklimat dimulakan. En. Mohd. Hazmi bin Ariffin, Pen. PPD Machang, dilantik sebagai Pengerusi Majlis untuk taklimat ini. Ini bersesuaian dengan tugas beliau sebagai Pegawai Meja PPD-PKG Daerah Machang. Timbalan PPD Machang, Tn. Hj. Ab. Aziz bin Abdul Rahman dijemput bagi merasmikan majlis ini.  
Majlis diteruskan dengan taklimat Perancangan Aktiviti PKG-BTPN Kelantan bagi tahun 2012. Taklimat ini disampaikan oleh En. Lokman bin Ishak, Pen. Pengarah Unit Intervensi dan Latihan BTPN Kelantan. Disusuli pula Pelaporan Aktiviti bagi tahun 2011 oleh En. Surdi bin Abdullah, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Machang.
Dari kiri, Timbalan PPD Machang, wakil Pengetua SM Sains Machang, GB SK Machang 1 & GB SK Pangkal mak wan

Antara maklumat yang disampaikan kepada jemputan ialah berkenaan dengan Program 1Bestarinet, Sistem Pengurusan Sekolah, Karnival Pembestarian ICT dan hal-hal lain. Selain itu, beberapa permasaalahan yang diluahkan oleh jemputan, dicatat dan akan diambil tindakan segera untuk mendapatkan penyelesaian.
En. Zamri bin Mat Jaeh(PTP PKG Labok) menyampaikan cenderahati kepada Tn. Hj. Ab. Aziz bin Ab. Rahman (Timbalan PPD Machang)