Selasa, 17 Januari 2012

Mesyuarat Penyelarasan Program dan Aktiviti Pembangunan Pusat Sumber BTPN-PKG-SEK Bil. 1/2012

 Pada 16 Januari 2012, jam 9 pagi, bertempat di Bilik Ibnu Sina, PKG Labok telah menerima kehadiran pihak BTPN Kelantan, Unit Perkhidmatan Pusat Sumber Pendidikan dan Pegawai Teknologi Pendidikan dari 26 buah PKG Kelantan. Fokus utama adalah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program dan Aktiviti Pembangunan Pusat Sumber BTPN-PKG-SEK kali pertama untuk 2012. Turut hadir ke mesyuarat ini ialah Pn. Hjh. Masdiyah bt Jemain, Ketua Pen. Pengarah BTPN Kelantan dan Pn. Mariah bt Buyong, Ketua Unit PKG Kelantan.
 Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Zakaria b. Hassan, Ketua Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BTPN Kelantan.  Antara agenda yang diperbincangkan adalah berkenaan pemilihan tokoh NILAM, khidmat bantu PSS, pengurusan data PSS, i-QPSS dan i-NILAM, pemantauan Pusat Sumber PKG dan sekolah serta hal-hal yang bersangkutan dengan PSS. Semua program dan aktiviti ini bakal dilaksanakan pada 2012. 

Pn. Hjh. Masdiyah bt Jemain, KPP BTPN Kelantan

Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan yang hadir ke mesyuarat.


Isnin, 2 Januari 2012

Diari 2011

Mesyuarat Pengurusan PKG Labok kali pertama 2011. Diadakan pada 23 Feb 2011, 9.00 pagi di Dewan Seminar PKG Machang. 
Mesyuarat Pengurusan Guru Penyelaras Bestari kali Pertama pada 27 Feb 2011, 9.00 pagi di Dewan Seminar PKG Machang.
Mesyuarat Pengurusan Guru Perpustakaan Media Sekolah kali Pertama pada 28 Feb 2011, 9.00 pagi di Dewan Seminar PKG Machang.
Bengkel Penarafan i-Nilam pada 9 Mac 2011 di Dewan Seminar PKG Machang. Bengkel ini adalah anjuran bersama PKG Labok dan Machang.
Kursus EduwebTV, 11 & 12 Mei 2011, 8.00 pagi di PKG Labok. Anjuran bersama PKG Labok dan Jambu Lawar.
Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan dan Hari Terbuka PKG Kelantan, 3 Julai 2011 di SMK Bandar Machang.
Taklimat Penggunaan CD MBMMBI Sekolah Rendah, 24 Julai 2011 di Dewan SK Tok Bok, Machang. Anjuran bersama PKG Labok, Jambu lawar dan Machang.
Bengkel Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P pada 18, 19 & 20 Julai 2011 di PKG Labok. Anjuran bersama 3 PKG Daerah Machang.
Taklimat Penggunaan CD MBMMBI Sekolah Menengah pada 28 September 2011 di Dewan PKG Jambu Lawar. Anjuran bersama 3 PKG Daerah Machang.
Kursus Aplikasi Penggunaan Vegas dalam P&P pada 24 & 25 Okt 2011 di Dewan PKG Jambu Lawar. Anjuran bersama PKG Labok dan Jambu Lawar.
Majlis Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan BTPN Kelantan 2011, diadakan pada 11 Dis 2011 di Dewan Amanah, BTPN Kelantan. PKG Labok menerima sijil penghargaan atas penarafan SSQS Sek Kelompok  mencapai taraf 5 bintang bagi tahun 2011. Sekolah terbabit adalah SM Sains Machang dan SMK Abdul Samad.