Rabu, 26 Disember 2012
Ahad, 16 Disember 2012
Aktiviti PKG Labok Sepanjang 2012
Foto oleh PTP1 PKG Ketereh, JTK PKG Machang |
Foto oleh JTK PKG Labok |
Foto oleh JTK PKG Labok |
Foto oleh JTK Machang, PTP1 PKG Labok |
Foto oleh PTP1 PKG Ketereh, PTP1 PKG Labok |
Foto oleh PTP1 PKG Labok |
Foto oleh JTK PKG Gaal, JTK PKG Cherang Ruku |
Foto oleh JTK PKG Jambu Lawar, JTK PKG Ketereh |
Foto oleh JTK PKG Labok |
Foto oleh JTK PKG Labok |
Foto oleh JTK PKG Labok |
Foto oleh JTK PKG Labok |
Foto oleh JTK PKG Labok |
Foto oleh JTK PKG Labok, PTP2 PKG Labok |
Foto oleh JTK PKG Labok |
Foto oleh JTK PKG Labok |
Isnin, 3 Disember 2012
Khidmat bantu PSS 2012
.
Tanggal 30 & 31 Oktober baru-baru ini,pihak PKG Labok
telah mengadakan program Khidmat Bantu PSS di SJK ( C ) Poey
Sit.Program yang diadakan selama dua hari ini dijayakan bersama oleh
PTP1,PTP2 dan JTK PKG Labok serta 12 orang guru SJK ( C ) Poey Sit.
![]() |
Perbincangan antara Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Labok dan Guru Perpustakaan Media SJK(C) Poey Sit sebelum pelaksanaan program |
Hari Pertama,dipenuhi dengan aktiviti merakam gambar
sudut dan bahagian yang akan dibuat perubahan.Sebelum itu,pihak PKG
Labok dan pihak SJK ( C ) Poey Sit berbincang terlebih dahulu untuk mencapai kata sepakat bagi
melaksanakan program ini.
![]() |
Label-label yang telah siap dicetak dan di'laminate' kan |
![]() |
Murid-murid SJK(C) Poey Sit turut membantu untuk program ini |
Hari Kedua,kerja-kerja pelaksanaan program
dijalankan.Setiap pihak menjalankan tugas masing-masing sebagaimana yang
telah di atur.Rakaman gambar secara pegun dan video di uruskan oleh
pihak PKG Labok.
![]() |
Juruteknik Komputer PKG Labok sedang menyiapkan label |
*foto oleh JTK dan PTP2 PKG Labok*
Ahad, 2 Disember 2012
Mesyuarat Pengurusan Guru Perpustakaan Media kali Kedua 2012
Disamping itu perbincangan dua hala turut diadakan antara GPM dan pihak PKG Labok dalam mencapai kesepakatan dalam tugasan yang telah diamanahkan.
Mesyuarat ini di hadiri oleh 13 orang GPM sekolah kelompok PKG Labok dan dipengerusikan oleh En.Mohd Robi Bin Mohd Noor,Penolong Kanan Pentadbiran SK Labok juga mantan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Labok sebelum ini.
*foto oleh JTK PKG Labok*
Mesyuarat Pengurusan Guru Penyelaras Bestari kali kedua 2012
Bertempat di Bilik Ibnu Sina,PKG Labok, Mesyuarat Pengurusan Penyelarasan Bestari kali kedua 2012 telah diadakan. Mesyuarat yang bertarikh 7 Oktober 2012 ini dihadiri oleh 13 Orang Guru Penyelaras Bestari/ICT sekolah kelompok PKG Labok dan dipengerusikan oleh Puan Shafini Binti Ghazali,PTP1 PKG Labok. |
Encik Zamri Bin Mat Jaeh,PTP 1 PKG Ketereh hadir sebagai jemputan untuk memberi penerangan berkaitan dengan hal-hal ICT.
Antara Agenda penting yang dibentangkan adalah pelaporan
aktiviti sepanjang Januari hingga September dan perkongsian maklumat
ICT.*foto oleh JTK PKG Labok*
Khamis, 22 November 2012
Pegawai Teknologi Pendidikan 2 Melapor Diri
![]() |
Beliau berasal dari Pahi,Kuala Krai,Kelantan,dan mempunyai 3orang cahaya mata.Diharap kehadiran beliau sebagai PTP 2 dapat membantu melancarkan lagi pengurusan dan pentadbiran PKG Labok di masa hadapan.
Ahad, 18 Mac 2012
Pertukaran Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Labok
Pusat Kegiatan Guru Labok berlaku perubahan dalam pengurusan pentadbiran sekali lagi berikutan pertukaran Pegawai Teknologi Pendidikan.
Pegawai yang dimaksudkan ialah Encik Zamri bin Mat Jaeh, Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG Labok. Beliau menerima memo pertukaran berkuatkuasa pada 16 Januari 2012, tetapi melapor diri ke PKG Ketereh pada 4 Mac 2012 sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Ketereh.
Beliau mula bertugas di PKG Labok pada 17 April 2011. Walaupun tempoh perkhidmatan beliau di sini agak singkat tetapi telah banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau untuk menambahbaik PKG ini.
Antaranya ialah membaikpulih PC lama dalam makmal komputer PKG yang masih berfungsi dan membuka Sudut Siber di ruang Pusat Sumber PKG untuk kemudahan pelanggan yang berkunjung ke PKG Labok.
Selain itu beliau juga turut berkongsi idea dengan Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Labok untuk menyusun atur ruang-ruang, bilik seminar, bilik mesyuarat dan lain-lain bagi menyerlahkan lagi PKG ini. Beliau juga amat menjaga hubungan baik antara PKG-Sekolah-PPD Machang selaras dengan tugas Pegawai Teknologi Pendidikan yang umpama 'mediate' atau orang tengah dalam memastikan kelancaran pengurusan organisasi ini.
![]() |
En. Zamri b. Mat Jaeh dan Guru Besar SK Sungai Bagan semasa sesi pemantauan |
![]() |
Bersama Tn. Hj. Abdul Shafri b. Mohammad (PTP1 PKG Jambu Lawar) semasa Taklimat MBMMBI Sekolah Rendah di Dewan SK Tok Bok |
Sesungguhnya, pertukaran beliau merupakan satu kerugian kepada PKG Labok memandangkan komitmen tinggi beliau dan sikap dedikasi terhadap tanggungjawab beliau sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan yang bukan sedikit kepada organisasi ini. Semoga beliau akan terus mencurah bakti di tempat kerja yang baru sebagaimana selama berada di PKG Labok. Selamat bertugas di PKG Ketereh dan semoga sukses selalu.
![]() |
Bersama mantan PTP1 PKG Labok, En. Wan Mat b. Wan Mustapha yang telah bertukar ke PKG Cameron Highland |
Khamis, 1 Mac 2012
Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat PKG/PPD Machang 2012
Khamis, 1 Mac 2012, tiga PKG Daerah Machang iaitu PKG Labok, PKG Jambu Lawar dan PKG Machang bekerjasama dengan PPD Machang bagi menganjurkan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Machang 2012. Majlis ini diadakan di PPD Machang. Majlis ini dirasmikan oleh Encik Azmi bin Daud, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Machang, Unit Bahasa Melayu.
Seramai 11 orang murid telah mengambil bahagian dalam program ini melibatkan sekolah rendah dan menengah. Pendaftaran bermula seawal jam 9.00 pagi. Setengah jam berikutnya peserta-peserta di beri taklimat berkenaan dengan majlis ini. |
Seterusnya, semua peserta diberi ujian bertulis untuk menguji dan mengesan kemahiran peserta dalam memberikan pendapat dan ulasan. Selepas itu, bermula sesi ujian lisan yang dibahagikan kepada empat stesen iaitu Stesen 1; Pengesanan Kemahiran Membaca, Stesen 2; Pengesanan Pengetahuan, Stesen 3; Pengesanan Kebestarian dan Stesen 4; Pengesanan Penghayatan dan Aspirisiasi Pembacaan.
Panel-panel hakim adalah terdiri daripada empat orang Pegawai Teknologi Pendidikan iaitu Tuan Haji Abdul Shafri bin Mohammad, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Jambu Lawar, Encik Zamri bin Mat Jaeh, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Ketereh, Encik Surdi bin Abdullah, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Machang dan Puan Hasni binti Zakaria, Pegawai Teknologi Pendidikan 2, PKG Machang. Turut membantu menjayakan majlis ini ialah Encik Sabri bin Yunus, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Ipoh, Tanah Merah.
![]() |
Stesen 4; Pengesanan Penghayatan dan Aspirisiasi Pembacaan |
![]() |
Stesen 3; Pengesanan Kebestarian |
Rakaman video untuk sepanjang majlis berlangsung dipertanggungjawabkan kepada Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Labok iaitu Puan Shafini binti Ghazali. Manakala rakaman foto pegun ditugaskan kepada Puan Siti Zainab binti Zakaria dan Cik Siti Nurshaliza binti Mustafa. Kedua-duanya adalah Juruteknik Komputer PKG Machang dan PKG Jambu Lawar. Pemenang pertama ialah adik Nur Auni Izzati binti Muhd Rushidi, SK Machang 1. Tempat kedua ialah adik Anis Athirah binti Muhd Razuhanafi, SK Machang 1 dan tempat ketiga adalah Nur Baiti Jannah binti Muhini, SK Bandar. Peserta dari Sekolah menengah iaitu adik Nurzaida Syaza binti Zawawi, SMK Machang mewakili Daerah Machang untuk Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri 2012 nanti.
![]() |
Stesen 1; Pengesanan Kemahiran Membaca, Stesen 2; Pengesanan Pengetahuan |
Rabu, 22 Februari 2012
Mesyuarat Pengurusan Guru Perpustakaan dan Media Bil 1/2012
Mesyuarat Pengurusan Guru Perpustakaan dan Media kali pertama bagi 2012 telah diadakan pada 22 Februari 2012. Bertempat di bilik Ibnu Sina PKG Labok, mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Zamri bin Mat Jaeh, Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG Labok.
Tuan Haji Abdul Shafri bin Mohammad, Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Jambu Lawar turut dijemput untuk memberikan taklimat berkenaan dengan NILAM, i-NILAM dan IQ-PSS.
![]() |
Tn. Hj. Abdul Shafri b. Mohammad, PTP1 PKG Jambu Lawar (berbaju merah) |
Antara agenda-agenda yang dibentangkan dalam mesyuarat ini ialah Pelaporan Aktiviti 2011 yang dipersembahkan melalui tayangan video klip, Perancangan Aktiviti 2012 seperti hebahan dan maklumat berkenaan dengan Pertandingan Filem Digital anjuran Unit Promosi, Inovasi dan Media BTPN Kelantan serta hal-hal lain.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.
![]() |
Guru-guru Perpustakaan dan Media Sekolah Kelompok PKG Labok |
Langgan:
Catatan (Atom)