Rabu, 30 November 2011

Taklimat/Bengkel Penggunaan CDRI MBMMBI Peringkat Sekolah Menengah 2012

Pada 28 September 2011, bertempat di Dewan PKG Jambu Lawar, satu taklimat/bengkel telah diadakan. Taklimat/Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Tingkatan Satu dalam penggunaan CDRI MBMMBI yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ianya merupakan satu langkah untuk persiapan awal kepada guru-guru berkenaan memandangkan penggunaan CDRI MBMMBI Sekolah Menengah akan bermula pada tahun 2012. Selain daripada itu, pegawai-pegawai teknologi pendidikan di PKG daerah masing-masing berperanan sebagai pihak yang memberikan khidmat nasihat kepakaran kepada sekolah-sekolah kelompok yang memerlukannya.
Tn. Hj. Ab. Aziz b. Ahmad, Pen. PPD Machang Unit Bahasa Inggeris menyampaikan ucapan alu-aluan

Sebahagian guru Tingkatan 1 yang hadir 

En. Zamri b. Mat Jaeh, PTP 2 PKG Labok bertindak sebagai Pengerusi Majlis

Taklimat/Bengkel ini adalah anjuran bersama PKG Daerah Machang iaitu PKG Jambu Lawar, PKG Labok dan PKG Machang. En. Surdi b. Abdullah, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Machang diberi kepercayaan untuk memberi penerangan kepada guru-guru yang terlibat. Manakala Pn. Shafini bt. Ghazali, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Jambu Lawar bertindak sebagai jurufoto still dan perakam video.

Selasa, 22 November 2011

Bengkel Teknologi Maklumat dan Komunikasi 2011

Pada 18, 19 dan 20 Julai 2011, satu bengkel ICT telah dianjurkan bersama oleh PKG Jambu Lawar, PKG Labok dan PKG Machang.
Bengkel tersebut adalah salah satu langkah untuk mengoptimumkan integrasi sumber pendidikan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran dan pengajaran.


Bengkel ICT tersebut diadakan di PKG Labok. Seramai 20 orang peserta yang dipilih daripada sekolah-sekolah kelompok dalam daerah Machang.
Pendaftaran Peserta


Tayangan Video sebagai selingan

En. Zamri b. Mat Jaeh, Pegawai Teknologi Pendidikan 2, PKG Labok

Hari Pertama, Modul 1 dikendalikan oleh En. Zamri b. Mat Jaeh dan Modul 2 oleh En. Abdul Shafri b. Mohammad. 

Manakala hari kedua, Pn. Shafini bt. Ghazali mengendalikan Modul 3.

En. Surdi b. Abdullah pula mengendalikan Modul 4 pada hari ketiga.

Taklimat Penggunaan CD MBMMBI Sekolah Rendah

Bertempat di Dewan SK Tok Bok, Machang, tiga PKG daerah Machang telah berkerjasama menganjurkan Taklimat Penggunaan CD Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) untuk Guru BM dan BI Tahun 1 sekolah-sekolah kelompok PPD Machang. Taklimat berkenaan diadakan pada Ahad, 24 Julai 2011. 

Guru-guru yang hadir sedang menunggu giliran untuk pendaftaran

Wakil guru lelaki  BM dan BI sabar menunggu giliran untuk pendaftaran

En. Surdi Abdullah, PTP 1 PKG Machang mempengerusikan majlis Taklimat MBMMBI

Sesi Taklimat

Tn. Hj. Aziz Ab Rahman, Timbalan PPD Machang dijemput untuk merasmikan maklis taklimat tersebut. Semua guru BM dan BI yang hadir diberi penerangan dan maklumat berkenaan dengan MBMMBI. Seorang wakil daripada sekolah kelompok PKG masing-masing di pilih untuk mendemostrasikan cara-cara penggunaan CD MBMMBI tersebut.  Mana-mana sekolah yang kehilangan dan rosak CD MBMMBI akan di beri khidmat rakamsalin oleh pihak PKG masing-masing.

Guru-guru sedang khusyuk mengikuti sesi taklimat

Guru-guru daripada SJK (C) daerah Machang


Taklimat disampaikan oleh En. Zamri Mat Jaeh, PTP 2 PKG Labok

En. Abdul Shafri Mohammad, PTP 1 PKG Jambu Lawar dan En. Zamri  Mat Jaeh, PTP 2 PKG Labok berganding menyampaikan taklimat kepada guru BM dan BI

Sesi demonstrasi penggunaan CD MBMMBI oleh wakil guru sekolah kelompok PKG Machang


Sesi demonstrasi penggunaan CD MBMMBI oleh wakil guru sekolah kelompok PKG Jambu Lawar

Sesi demonstrasi penggunaan CD MBMMBI oleh wakil guru sekolah kelompok PKG Labok

Info tambahan oleh En. Zamri Mat Jaeh, PTP2 PKG Labok berkenaan penjagaan PC untuk mengelakkan masalah pada PC.

Tips penjagaan PC

Guru-guru dibekalkan makanan sebelum bersurai

Selasa, 15 November 2011

Pertukaran Pegawai Teknologi Pendidikan

Pada 15 November 2011, PKG Labok telah menerima Pegawai Teknologi Pendidikan 1 yang baru iaitu Pn. Shafini bt. Ghazali, mantan Pegawai Teknologi Pendidikan 2, PKG Jambu Lawar. Memo pertukaran beliau adalah bertarikh 5 September 2011. Memandangkan En. Abdul Shafri b. Mohammad, Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Jambu Lawar bercuti kerana menunaikan haji di Mekah, beliau memohon untuk menangguhkan tugas di  PKG Labok kerana memangku tugas PTP1 tersebut sehingga 14 November 2011.