Ahad, 16 Disember 2012

Aktiviti PKG Labok Sepanjang 2012

Foto oleh PTP1 PKG Ketereh, JTK PKG Machang

Foto oleh JTK PKG Labok

Foto oleh JTK PKG Labok

Foto oleh JTK Machang, PTP1 PKG Labok

Foto oleh PTP1 PKG Ketereh, PTP1 PKG Labok

Foto oleh PTP1 PKG Labok

Foto oleh JTK PKG Gaal, JTK PKG Cherang Ruku

Foto oleh JTK PKG Jambu Lawar, JTK PKG Ketereh

Foto oleh JTK PKG Labok

Foto oleh JTK PKG Labok

Foto oleh JTK PKG Labok

Foto oleh JTK PKG Labok

Foto oleh JTK PKG Labok

Foto oleh JTK PKG Labok, PTP2 PKG Labok


Foto oleh JTK PKG Labok

Foto oleh JTK PKG Labok

Isnin, 3 Disember 2012

Khidmat bantu PSS 2012

           .          
                                            
 Tanggal 30 & 31 Oktober baru-baru ini,pihak PKG Labok telah mengadakan program Khidmat Bantu PSS di SJK ( C ) Poey Sit.Program yang diadakan selama dua hari ini dijayakan bersama oleh PTP1,PTP2 dan JTK PKG Labok serta 12 orang guru SJK ( C ) Poey Sit.
Perbincangan antara Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Labok dan Guru Perpustakaan Media SJK(C) Poey Sit sebelum pelaksanaan program
 Hari Pertama,dipenuhi  dengan aktiviti merakam gambar sudut dan bahagian yang akan dibuat perubahan.Sebelum itu,pihak PKG Labok dan pihak SJK ( C ) Poey Sit berbincang terlebih dahulu untuk mencapai kata sepakat bagi melaksanakan program ini.
Label-label yang telah siap dicetak dan di'laminate' kan

Murid-murid SJK(C) Poey Sit turut membantu untuk program ini
  Hari Kedua,kerja-kerja pelaksanaan program dijalankan.Setiap pihak menjalankan tugas masing-masing sebagaimana yang telah di atur.Rakaman gambar secara pegun dan video di uruskan oleh pihak PKG Labok.
Juruteknik Komputer PKG Labok sedang menyiapkan label
*foto oleh JTK dan PTP2 PKG Labok*

Ahad, 2 Disember 2012

Mesyuarat Pengurusan Guru Perpustakaan Media kali Kedua 2012

      

Pada Tanggal 11 Oktober 2012,bertempat di Bilik Ibnu Sina,PKG Labok,satu mesyuarat telah diadakan. Mesyuarat Pengurusan Guru Perpustakaan  Media kali kedua 2012 ini diadakan untuk perbentangan pelaporan aktiviti PKG Labok bermula Januari hingga September.
Disamping itu perbincangan dua hala turut diadakan antara GPM dan pihak PKG Labok dalam mencapai kesepakatan dalam tugasan yang telah diamanahkan.
Mesyuarat  ini di hadiri oleh 13 orang GPM sekolah kelompok PKG Labok dan dipengerusikan oleh En.Mohd Robi Bin Mohd Noor,Penolong Kanan Pentadbiran SK Labok juga mantan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Labok sebelum ini.
*foto oleh JTK PKG Labok*

Mesyuarat Pengurusan Guru Penyelaras Bestari kali kedua 2012


Bertempat di Bilik Ibnu Sina,PKG Labok, Mesyuarat Pengurusan Penyelarasan Bestari kali kedua 2012 telah diadakan. Mesyuarat yang bertarikh 7 Oktober 2012 ini dihadiri oleh 13 Orang Guru Penyelaras Bestari/ICT sekolah kelompok PKG Labok dan dipengerusikan oleh Puan Shafini Binti Ghazali,PTP1 PKG Labok.


Encik Zamri Bin Mat Jaeh,PTP 1 PKG Ketereh hadir sebagai jemputan untuk memberi penerangan berkaitan dengan hal-hal ICT.
Antara Agenda penting yang dibentangkan adalah pelaporan aktiviti sepanjang Januari hingga September dan perkongsian maklumat ICT.*foto oleh JTK PKG Labok*

Khamis, 22 November 2012

Pegawai Teknologi Pendidikan 2 Melapor Diri

   Pada 15 Oktober 2012,PKG Labok telah Menerima Kehadiran Pegawai Teknologi Pendidikan 2 yang baru iaitu En.Mohd Rizaki Bin Ab Ghani dr Sk Kinabaig,Kota Kinabalu,Sabah
Beliau berasal dari Pahi,Kuala Krai,Kelantan,dan mempunyai 3orang cahaya mata.Diharap kehadiran beliau sebagai PTP 2 dapat membantu melancarkan lagi pengurusan dan pentadbiran PKG Labok di masa hadapan.

Ahad, 18 Mac 2012

Pertukaran Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Labok

 Pusat Kegiatan Guru Labok berlaku perubahan dalam pengurusan pentadbiran sekali lagi berikutan pertukaran Pegawai Teknologi Pendidikan.  
 Pegawai yang dimaksudkan ialah Encik Zamri bin Mat Jaeh, Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG Labok. Beliau menerima memo pertukaran berkuatkuasa pada 16 Januari 2012, tetapi melapor diri ke PKG Ketereh pada 4 Mac 2012 sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Ketereh.
Beliau mula bertugas di PKG Labok pada 17 April 2011. Walaupun tempoh perkhidmatan beliau di sini agak singkat tetapi telah banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau untuk menambahbaik PKG ini.
Antaranya ialah membaikpulih PC lama dalam makmal komputer PKG yang masih berfungsi dan membuka Sudut Siber di ruang Pusat Sumber PKG untuk kemudahan pelanggan yang berkunjung ke PKG Labok. 
Selain itu beliau juga turut berkongsi idea dengan Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Labok untuk menyusun atur ruang-ruang, bilik seminar, bilik mesyuarat dan lain-lain bagi menyerlahkan lagi PKG ini. Beliau juga amat menjaga hubungan baik antara PKG-Sekolah-PPD Machang selaras dengan tugas Pegawai Teknologi Pendidikan yang umpama 'mediate' atau orang tengah dalam memastikan kelancaran pengurusan organisasi ini.
En. Zamri b. Mat Jaeh dan Guru Besar SK Sungai Bagan semasa sesi pemantauan

Bersama Tn. Hj. Abdul Shafri b. Mohammad (PTP1 PKG Jambu Lawar) semasa Taklimat MBMMBI Sekolah Rendah di Dewan SK Tok Bok

Sesungguhnya, pertukaran beliau merupakan satu kerugian kepada PKG Labok memandangkan komitmen tinggi beliau dan sikap dedikasi terhadap tanggungjawab beliau sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan yang bukan sedikit kepada organisasi ini. Semoga beliau akan terus mencurah bakti di tempat kerja yang baru sebagaimana selama berada di PKG Labok. Selamat bertugas di PKG Ketereh dan semoga sukses selalu.
Bersama mantan PTP1 PKG Labok, En. Wan Mat b. Wan Mustapha yang telah bertukar ke PKG Cameron Highland