Ahad, 18 Mac 2012

Pertukaran Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Labok

 Pusat Kegiatan Guru Labok berlaku perubahan dalam pengurusan pentadbiran sekali lagi berikutan pertukaran Pegawai Teknologi Pendidikan.  
 Pegawai yang dimaksudkan ialah Encik Zamri bin Mat Jaeh, Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG Labok. Beliau menerima memo pertukaran berkuatkuasa pada 16 Januari 2012, tetapi melapor diri ke PKG Ketereh pada 4 Mac 2012 sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Ketereh.
Beliau mula bertugas di PKG Labok pada 17 April 2011. Walaupun tempoh perkhidmatan beliau di sini agak singkat tetapi telah banyak perubahan yang dilakukan oleh beliau untuk menambahbaik PKG ini.
Antaranya ialah membaikpulih PC lama dalam makmal komputer PKG yang masih berfungsi dan membuka Sudut Siber di ruang Pusat Sumber PKG untuk kemudahan pelanggan yang berkunjung ke PKG Labok. 
Selain itu beliau juga turut berkongsi idea dengan Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Labok untuk menyusun atur ruang-ruang, bilik seminar, bilik mesyuarat dan lain-lain bagi menyerlahkan lagi PKG ini. Beliau juga amat menjaga hubungan baik antara PKG-Sekolah-PPD Machang selaras dengan tugas Pegawai Teknologi Pendidikan yang umpama 'mediate' atau orang tengah dalam memastikan kelancaran pengurusan organisasi ini.
En. Zamri b. Mat Jaeh dan Guru Besar SK Sungai Bagan semasa sesi pemantauan

Bersama Tn. Hj. Abdul Shafri b. Mohammad (PTP1 PKG Jambu Lawar) semasa Taklimat MBMMBI Sekolah Rendah di Dewan SK Tok Bok

Sesungguhnya, pertukaran beliau merupakan satu kerugian kepada PKG Labok memandangkan komitmen tinggi beliau dan sikap dedikasi terhadap tanggungjawab beliau sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan yang bukan sedikit kepada organisasi ini. Semoga beliau akan terus mencurah bakti di tempat kerja yang baru sebagaimana selama berada di PKG Labok. Selamat bertugas di PKG Ketereh dan semoga sukses selalu.
Bersama mantan PTP1 PKG Labok, En. Wan Mat b. Wan Mustapha yang telah bertukar ke PKG Cameron Highland

Khamis, 1 Mac 2012

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat PKG/PPD Machang 2012

Khamis, 1 Mac 2012, tiga PKG Daerah Machang iaitu PKG Labok, PKG Jambu Lawar dan PKG Machang bekerjasama dengan PPD Machang bagi menganjurkan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Machang 2012. Majlis ini diadakan di PPD Machang.  Majlis ini dirasmikan oleh Encik Azmi bin Daud, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Machang, Unit Bahasa Melayu.

Seramai 11 orang murid telah mengambil bahagian dalam program ini melibatkan sekolah rendah dan menengah. Pendaftaran bermula seawal jam 9.00 pagi. Setengah jam berikutnya peserta-peserta di beri taklimat berkenaan dengan majlis ini.
Seterusnya, semua peserta diberi ujian bertulis untuk menguji dan mengesan kemahiran peserta dalam memberikan pendapat dan ulasan. Selepas itu, bermula sesi ujian lisan yang dibahagikan kepada empat stesen iaitu Stesen 1; Pengesanan Kemahiran Membaca, Stesen 2; Pengesanan Pengetahuan, Stesen 3; Pengesanan Kebestarian dan Stesen 4; Pengesanan Penghayatan dan Aspirisiasi Pembacaan.
Panel-panel hakim adalah terdiri daripada empat orang Pegawai Teknologi Pendidikan  iaitu Tuan Haji Abdul Shafri bin Mohammad, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Jambu Lawar, Encik Zamri bin Mat Jaeh, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Ketereh, Encik Surdi bin Abdullah, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Machang dan Puan Hasni binti Zakaria, Pegawai Teknologi Pendidikan 2, PKG Machang. Turut membantu menjayakan majlis ini ialah Encik Sabri bin Yunus, Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Ipoh, Tanah Merah.
Stesen 4; Pengesanan Penghayatan dan Aspirisiasi Pembacaan

Stesen 3; Pengesanan Kebestarian
Rakaman video untuk sepanjang majlis berlangsung dipertanggungjawabkan kepada Pegawai Teknologi Pendidikan 1, PKG Labok iaitu Puan Shafini binti Ghazali. Manakala rakaman foto pegun ditugaskan kepada Puan Siti Zainab binti Zakaria dan Cik Siti Nurshaliza binti Mustafa. Kedua-duanya adalah Juruteknik Komputer PKG Machang dan PKG Jambu Lawar. Pemenang pertama ialah adik Nur Auni Izzati binti Muhd Rushidi, SK Machang 1. Tempat kedua ialah adik Anis Athirah binti Muhd Razuhanafi, SK Machang 1 dan tempat ketiga adalah Nur Baiti Jannah binti Muhini, SK Bandar. Peserta dari Sekolah menengah iaitu adik Nurzaida Syaza binti Zawawi, SMK Machang mewakili Daerah Machang untuk Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri 2012 nanti.
Stesen 1; Pengesanan Kemahiran Membaca, Stesen 2; Pengesanan Pengetahuan